Program Integrasi Pendidikan Khas
SMK Malim, Bertam Malim, 75250
Melaka.
"Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama"
Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Malim dilaksanakan pada 3 Januari 2001. Pada peringkat awal penubuhannya, kelas ini hanya mempunyai 2 orang pelajar sahaja dan seorang guru yang bertindak sebagai penyelaras Program iaitu Cik Ho Sew Ching. Kemudian pada bulan yang berikutnya ibubapa yang terpaksa menghantar anak mereka bersekolah di Bandar telah memindahkan anak mereka ke sekolah ini dan menjadikan bilangan pelajar bertambah kepada 5 orang. Ekoran dari itu, bilangan pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sehingga kini jumlah mereka meningkat kepada 66 orang murid dan 12 orang guru serta 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.
TAHUN BIL.MURID
2001 5 orang
2002 13 orang
2003 21 orang
2004 24 orang
2005 27 orang
2006 32 orang
2007 41 orang
2008 49 orang
2009 53 orang
2010 54 orang
2011 66 orang
Pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, Slow Learner, Terencat Akal dan Kurang Upaya Fizikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan