Cari Blog Ini

Isnin, 16 Mei 2011

17 Mei 2011




CUTI HARI WESAK




Sambutan Hari Guru

SMK Malim menyambut Hari Guru iaitu pada 16 Mei 2011. Pelbagai aktiviti diadakan.






Ahad, 15 Mei 2011

Majlis Hari Jadi dan Perpisahan

Pada 13 Mei 2011 yang lalu, satu majlis hari jadi pelajar-pelajar dan guru-guru pendidikan khas telah diadakan. Ia diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran pelajar yang dilahirkan pada bulan Januari hinggalah ke bulan mei. Majlis juga diselangkan dengan majlis perpisahan bagi meraikan guru praktikal. Acara dimulakan dengan sesi memotong kek dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar serta guru-guru. 










Tarian



Pertandingan Tarian Kebudayaan Pend. Khas Sekolah-Sekolah Menengah di Karnival Pendidikan Negeri Melaka, MITC Melaka






Terapi Boling






Terapi Boling adalah merupakan salah satu aktiviti yang diadakan bagi meningkatkan tahap keyakinan murid selain melatih perkembangan motor kasar mereka. Program Terapi Boling ini diadakan dua minggu sekali di Ampang Superbowl Mahkota Parade Melaka. Kebiasaannya ia diadakan pada setiap hari rabu.



Kadar bayaran yang dikenakan oleh pihak pengurusan ialah RM 2.00 bagi seorang murid. Cas yang dikenakan adalah sangat berpatutan.


















MTQ

22 Mac 2011, PPKI SMK Malim menghantar 3 orang wakil bagi bertanding dalam majlis Tilawan Al-Quran Pendidikan Khas di Sk Tanjung Minyak, Melaka.
 Pertandingan bercerita oleh Mohd Shahir. Bagi Hafazan dan Tilawah pula oleh Mohd Ashraf manakala Mohd Hizzan Azrai mewakili pertandingan Azan (saguhati).




Mohd Syahir - Johan (pertandingan bercerita)

Mohd Ashraf - Johan dan N.Johan (pertandingan Tilawah dan hafazan)


Ahad, 27 Mac 2011

Taman Refleksologi






Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan serta melahirkan individu yang sihat minda dan badan, pihak sekolah, khususnya kelas pendidikan khas membina laman refleksologi bagi kegunaan pelajar-pelajar pendidikan khas. 








Pentadbiran

PPKI Smk Malim mempunyai 12 orang guru..

1. Pn Kok Mei Lin (GPK)
2. En. Mohd Fairuz bin Mohd Zaidi (Penyelaras)
3. Pn Jamiah bt Tulisman
4. Pn Tan Bee Ling
5. En Mohd Zaidi bin Isa
6.Cik Punitha A/P Kanvidi
7. Pn Wan Normah bt Wan Abdullah
8. Cik Adeela bt Rashidi
9. Cik Shiqah bt Jantan
10. Cik Noorliana bt Abd Manaf
11. Pn Nur Helma bt Abd Sabbah
12. Pn Genevieve Tan Hwee Hoon


Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

1. Pn Norazlin bt Sani
2. Pn Rosnizawati bt Bakar
3.Cik Norzainah bt Zainal Abidin


Terdapat 8 kelas di PPKI Smk Malim




Sabtu, 19 Februari 2011

SEJARAH PENUBUHAN


Program Integrasi Pendidikan Khas
SMK Malim, Bertam Malim, 75250
Melaka.


"Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama"

Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Malim dilaksanakan pada 3 Januari 2001. Pada peringkat awal penubuhannya, kelas ini hanya mempunyai 2 orang pelajar sahaja dan seorang guru yang bertindak sebagai penyelaras Program iaitu Cik Ho Sew Ching. Kemudian pada bulan yang berikutnya ibubapa yang terpaksa menghantar anak mereka bersekolah di Bandar telah memindahkan anak mereka ke sekolah ini dan menjadikan bilangan pelajar bertambah kepada 5 orang. Ekoran dari itu, bilangan pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sehingga kini jumlah mereka meningkat kepada 66 orang murid dan 12 orang guru serta 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.

TAHUN                                         BIL.MURID   
2001                                                5 orang  

2002                                              13 orang     

2003                                              21 orang          

2004                                              24 orang  

2005                                              27 orang  

2006                                              32 orang       

2007                                              41 orang       

2008                                              49 orang

2009                                              53 orang

2010                                              54 orang

2011                                              66 orang



Pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, Slow Learner, Terencat Akal dan Kurang Upaya Fizikal.