CUTI HARI WESAK
ChildrenFromHeaven
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Malim, Melaka
Cari Blog Ini
Isnin, 16 Mei 2011
Ahad, 15 Mei 2011
Majlis Hari Jadi dan Perpisahan
Pada 13 Mei 2011 yang lalu, satu majlis hari jadi pelajar-pelajar dan guru-guru pendidikan khas telah diadakan. Ia diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran pelajar yang dilahirkan pada bulan Januari hinggalah ke bulan mei. Majlis juga diselangkan dengan majlis perpisahan bagi meraikan guru praktikal. Acara dimulakan dengan sesi memotong kek dan seterusnya penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar serta guru-guru.
Terapi Boling
Terapi Boling adalah merupakan salah satu aktiviti yang diadakan bagi meningkatkan tahap keyakinan murid selain melatih perkembangan motor kasar mereka. Program Terapi Boling ini diadakan dua minggu sekali di Ampang Superbowl Mahkota Parade Melaka. Kebiasaannya ia diadakan pada setiap hari rabu.
Kadar bayaran yang dikenakan oleh pihak pengurusan ialah RM 2.00 bagi seorang murid. Cas yang dikenakan adalah sangat berpatutan.
MTQ
22 Mac 2011, PPKI SMK Malim menghantar 3 orang wakil bagi bertanding dalam majlis Tilawan Al-Quran Pendidikan Khas di Sk Tanjung Minyak, Melaka.
Pertandingan bercerita oleh Mohd Shahir. Bagi Hafazan dan Tilawah pula oleh Mohd Ashraf manakala Mohd Hizzan Azrai mewakili pertandingan Azan (saguhati).
Pertandingan bercerita oleh Mohd Shahir. Bagi Hafazan dan Tilawah pula oleh Mohd Ashraf manakala Mohd Hizzan Azrai mewakili pertandingan Azan (saguhati).
![]() |
Mohd Syahir - Johan (pertandingan bercerita) |
![]() |
Mohd Ashraf - Johan dan N.Johan (pertandingan Tilawah dan hafazan) |
Sabtu, 14 Mei 2011
Langgan:
Catatan (Atom)